Sunday 1 January 2012



XTREME MTBikerz merupakan sebuah kelab basikal bukit ( mountainbike ) yang dipelopori anak-anak muda tempatan di kawasan penempatan kecil Parit Yaani. Kesedaran mengenai amalan hidup sihat ke arah kesihatan dan cintakan alam semula jadi maka aktiviti yang pada mulanya digerakkan atas kapasiti kayuhan hujung minggu kini telah beralih kepada satu aras yang lebih agresif dan ekstrem. Sebahagian ahli yang masih kekal menjadi pendorong kepada golongan muda untuk turut sama menyertai kegiatan sihat ini. Penyertaan dalam pertandingan yang dipertandingkan sepanjang tahun menghangatkan lagi usaha dikalangan ahli sama ada menyaipkan diri utnuk setiap perlumbaan mahupu menarik ahli-ahli baru untuk diperkenalkan dalam sukan ini.

Ditubuhkan secara tidak rasmi pada Ogos 2010 tanpa organisasi yan tersusun namun aktiviti dan program bersama disusun melalui persetujuan dan kerjasama yg baik dikalangan ahli.Kini nama Xtreme MTBikerz boleh dikatakan mula dikenali sama ada dikalangan pengiat aktiviti berbasikal mahupun penganjur-penganjur kejohanan tempatan. Apa yang diharapkan supaya penubuhan kelab ini terus berkembang dan dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan perpaduan masyarakat tempatan khususnya dan negara amny


No comments:

Post a Comment