Sunday 30 September 2012

Kayuhan Riang Ria Xtreme Mtbikerz

Barisan belakang dari kiri: Yayang ( Penaja ) Adek ( Jk Teknikal ) Angek ( Bendahari 1 ) Sepol ( S.usaha 1 ) Asim     ( N. Presiden ) Aji Amat ( Jk Logistik ) Din ( Jk Keselamatan ) Jebon ( Jk Logistik ) Che Otot ( Presiden )  Sam James ( S.Usaha 2 ) Farhana ( Bunge Xtreme )
Barisan hadapan dari kiri : Benyek Junior ( Jk Khidmat/sukarelawan ) Juding ( Ahli ) Shukor ( Ahli ) Dolmat ( Bendahari 2 ) Itam ( Ahli ) Barom ( Jk Komunikasi /Perhubungan ) Abong ( Ahli )


 Kayuhan Riang Ria anjuran Xtreme Mtbikerz pada 30.9.2012 telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua jawatankuasa dan ahli yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak. Juga kepada semua penaja yang memberikan sumbangan bagi menjayakan program berbasikal yang buat julung kalinya diadakan di Jajahan Parit Yaani melibatkan ramai pemilik dan penunggang basikal dalam pelbagai kategori.Sekalung tahniah buat semua penunggang yang berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 10km++ dalam mood santai disamping mengeratkan hubungan silaturahim dan beriadah bersama.
































Friday 28 September 2012

Mesyuarat Meja Bulat Kayuhan Riang Ria Xtreme Mtbikerz

Satu mesyuarat  dan taklimat untuk program Kayuhan Riang Ria anjuran Xtreme Mtbikerz telah diadakan pada 28.9.2012 jam 8.30 mlm bertempat di Premis Sate Rahmad. Perbincangan lebih kepada perjalanan program, pembahagian tugas, keselamatan,hadiah dan cabutan bertuah. Kehadiran hampir semua ajk yang dilantik melancarkan lagi sesi perbincangan. Kepada semua yang hadir diucapkan ribuan terima kasih.

Wednesday 19 September 2012

Kayuhan Oppa Ganggnam Xtreme Style Vol.2

Kayuhan Oppa Ganggnam Xtreme Style Vol.2

 Trek Bai Dadok

 Trek Rejab 5

Trek Pt.  Banyumas - Parit Hitam Khamis

Trek Pt. Andin

Kayuhan Riang Ria

Buat julung kalinye Xtreme Mtbikerz akan menganjurkan aktiviti bersama komuniti dalam menanamkan kesedaran keselamatan jalan raya dikalangan penunggang basikal terutama anak-anak sewaktu pergi dan balik semasa sesi persekolahan. Selain itu program ini juga akan dijadikan aktiviti mingguan bersama masyarakat ke arah amalan gaya hidup sihat.


Wednesday 12 September 2012

Konvoi Berkereta dan Kayuhan MTB ke Taman Negara Selai

Kepada semua dijemput utk bersama menyertai aktivti cuti ujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept 2012....
Bujang yang berkeluarga....berkereta....motosikal...basikal..dijemput utk memeriahkan lagi aktiviti buat julung kalinya.... penyertaan anda amat dialu-alukan....

Keterangan lanjut sila hubungi no. tel yg tertera. sekian