Tuesday 3 January 2012

Charity fun Ride Taman Manis Parit Raja

Charity Fun Ride Taman Manis Parit Raja pada 18 Jun 2011 melibatkan 300 lebih peserta dari Johor , Pahang, Melaka, Singapura dan Kuala Lumpur. Xtreme MTBikerz menyenaraikan 5 orang riders dan dapat menempatkan diri dalam 20 pelumba di kelompok depan sehingga ke garisan penamat. Permulaan yang baik dan membanggakan...




Monday 2 January 2012

King Of Mountain MTB Jamboree Yong Peng 2011

Pada 10 April 2011....Jamboree Yong Peng " King Of Mounain " 50km ++ menyaksikan penyertaan sulong Xtreme MTBikerz dengan menghantar 6 orang riders yang juga merupakan ahli terawal menubuhkan Xtreme MTBikerz. Penyertaan sulong ini lebih kepada menimba pengalaman dan kenalan dikalangan pengiat MTB seluruh negara selain menyokong aktiviti sihat bersama kelab-kelab berbasikal dan mtb yang telah lama bertapak.







Sunday 1 January 2012



XTREME MTBikerz merupakan sebuah kelab basikal bukit ( mountainbike ) yang dipelopori anak-anak muda tempatan di kawasan penempatan kecil Parit Yaani. Kesedaran mengenai amalan hidup sihat ke arah kesihatan dan cintakan alam semula jadi maka aktiviti yang pada mulanya digerakkan atas kapasiti kayuhan hujung minggu kini telah beralih kepada satu aras yang lebih agresif dan ekstrem. Sebahagian ahli yang masih kekal menjadi pendorong kepada golongan muda untuk turut sama menyertai kegiatan sihat ini. Penyertaan dalam pertandingan yang dipertandingkan sepanjang tahun menghangatkan lagi usaha dikalangan ahli sama ada menyaipkan diri utnuk setiap perlumbaan mahupu menarik ahli-ahli baru untuk diperkenalkan dalam sukan ini.

Ditubuhkan secara tidak rasmi pada Ogos 2010 tanpa organisasi yan tersusun namun aktiviti dan program bersama disusun melalui persetujuan dan kerjasama yg baik dikalangan ahli.Kini nama Xtreme MTBikerz boleh dikatakan mula dikenali sama ada dikalangan pengiat aktiviti berbasikal mahupun penganjur-penganjur kejohanan tempatan. Apa yang diharapkan supaya penubuhan kelab ini terus berkembang dan dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan perpaduan masyarakat tempatan khususnya dan negara amny